Showing posts with label Ana n Ismihan. Show all posts
Showing posts with label Ana n Ismihan. Show all posts

Thursday, August 21, 2008

Ana & Ismihan part 5

honestly im bored today..pg td penat sgt..ptg ni boring nak mampus..so meh kita create episod baru pasal Ana & Ismihan

Petang itu, balik je dari keja Ana menghadap mak..perlahan Ana menyusun butir bicaranya.nak korek cerita, kena la pandai2 ..mcm menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus, tepung tak berselerak.

"Betul ke Ana tak tau saper yg dtg ari tu?mak ingat nk sorok2 dari mak..."

"laa...betul la.." tegas Ana

"Habis yang Ana awal2 lg setuju tu apesal?tu la mak pelik..mak tgk Ana dok baik dgn si Is tu, alih2 nk bertunang dgn org lain pulak" suara mak lain mcm sket..mcm bengang je dgn Ana.

Alaah...kena lagi..getus hati kecil Ana.

"alaa..mak cakap la..saper yg dtg ari tu?" Ana mengalih topik

"Orang jauh..kawan Ana masa kat Universiti dulu..dulu2 Ana penah bawak dtg umah masa kenduri kawin Along"

bawak dtg kenduri?aik..ada eh?otak Ana ligat berfikir, cuba mengingat kembali teman2 sekampus yang pernah dijemputnya ke rumah dulu..tapi masa Along kawin, time tu cuti sem..tak ramai yg stay kat kampus..kalau yg stay pun cuma utk habiskan tesis mereka..siapa ye?Alin, Zura, Faiz, Geetha..Lin, Mat...eh..yang mana satu ni?seingat Ana tak ramai teman lelaki yg pernah berkunjung ke rumah..cuma Faiz, Adam, Mat dan Chee Wei..takkan si Chee Wei kot..Adam kan couple dgn Zura, tak mungkin dia dtg risik aku pulak..Mat, belum habis final year dh kawin..so tinggal Faiz je la...gulpp...dia ke?

Faiz , kawan Ana yg tak le rapat sgt..setakat biasa2 je..masa mula2 kenal dulu Ana takut2 skit dgn dia sbb muka dia nampak mcm garang..tp lepas mereka sama2 terlibat dalam satu projek kampus, Ana mula mengenali Faiz dgn lebih rapat..tak de la teruk sgt..Ana rasa mereka berdua mmg blh serasi sbb cara mereka agak sama..baru je Ana nk rapat dgn Faiz, kawan2 yg lain dh mula bergosip ttg mereka berdua..since then Ana cuba menjarakkan diri daripada Faiz, bimbang apa saja kemungkinan yg akan timbul ekoran gosip liar itu.lagipun setahu Ana, Faiz sudah punya gf..Ana tak de la tanya dia directly..tu pun member yg cakap..Ana tak suka tanya hal private2 ni ..esp dgn Faiz sbb si Faiz ni tere tak tere, dlm masa 1 jam je, dia dh boleh korek rahsia yg Ana tak penah citer kat org lain ..Ana pun tak perasan, lancar aje mulut ni bercerita...lepas satu, satu cerita terlepas dr mulutnya..so, kalau Ana tanya lebih2, makin panjang la cerita diorg..nnt habis semua rahsia Ana masuk poket Faiz..isk..haru nanti

Sunday, August 17, 2008

Ana & Ismihan part 4

i bosan ni...macam malas je nk kerja..so layan je la....

Penat otak Lia memerah idea , mencari jalan keluar bagi masalah Ana..

"Mak ko tau tak mama Ismihan nak datang?eh,jap jap..first, first, mak kau tau tak just how serious u r with Ismihan?" tanya Lia

Ana geleng..jelas raut wajahnya yg kusut..kesian pulak Lia tengok..tak boleh nak salahkan Ana jugak..Lia tahu Ana memang naif soal relationships sebegini..antara mereka berdua, bagaikan sudah tiada rahsia..bagi Lia, Ana bagaikan adik kecilnya..kalau ada org yg cuba mengusik, pasti Ana adukan pada Lia..tp skrg masalah Ana bukan lagi kecil seperti yg lazimnya..buntu Lia dibuatnya..

"Apa-apa pun, ko kena cakap kat mak ko..tak tau la, tapi aku rasa jalan terbaik, be transparent..ko cakap kat mak ko elok2..pastu ko pegi cakap kat Ismihan pulak..he has to know tht someone else is trying to steal u from him", tegas Lia

Tiba2 Ana senyum.. spontan menjawab"stealing me from him?i like that..rasa mcm glemer pulak sampai org nk berebut2"

Cepat aje tangan Lia mencubit paha Ana..eisk..budak ni, geramnya aku..sempat lagi tu nk buat lawak..

Berkerut dahi Ana menahan sakit..hehe..tapi betul apa?sebelum ni tak de pulak org nak tackle Ana, tiba2 je 2 org dtg skaligus..waahh..tak glemer ke kalau mcm tu?pergghh..hebatnya Ana!! Ana tersenyum nakal..namun, Ana akur,kata Lia ada betulnya..Ana pun lebih suka be transparent..tapi, Ana tak sanggup nak menatap wajah Ismihan tatkala dia mengetahui cerita sebenar nnt..chat je la..eh, lupa..Ana menepuk dahi sendiri, hari ni Ismihan nak gi out station..alaa...kalau mcm ni, kena call la..aduuh...risaunya..sepanjang Ana kenal Ismihan,belum penah sekalipun Ismihan meninggikan suaranya..tapi kali ini, Ana pasti Ismihan tak mungkin bisa menahan perasaan marahnya..marah..atau kecewa?hmm..susah Ana nak merungkai persoalan itu..haii..entah kenapa sampai jadi begini..2 minggu lepas, semuanya berjalan lancar..Ana senang di samping Ismihan, senang berbicara apa saja dengannya, tapi hari ini semuanya berubah 360 darjah..entah bila timbul bibit sayang antara mereka, Ana juga kurang pasti..yang Ana tahu, perasaan itu tidak lah semanis yang disangkanya sebelum ini.Dulu, Ana fikir kalau kita tengah bercinta, pasti semuanya manis, ye la, we will have a shoulder to cry on (besides our parents)..aneh, tapi kalau difikir-fikirkan semula, mereka berdua sebenarnya tidak pernah bercinta..daripada berkawan..terus aje gatal nak kawin..wahh...pening ni..

Saturday, August 16, 2008

Ana & Ismihan part 3

its 8.10 am ..woah..let me try writing this in the broad daylight..kalau tak se'best' mcm yg lepas2, means i mmg kena write it at nite je :p

Ana tergamam.apa nak cakap ni?macam mana nak cakap?di hujung corong sana, Ismihan juga tergamam, tidak menyangka reaksi begini yang Ana berikan..kenapa senyap je Ana?say something, please..or Ana sebenarnya sedang ligat memikirkan cara utk menolak cadangannya tadi?

"Weekend ni ye?erm...ok...err...mama Is nak bawak apa2 ke?Ana kena balas apa2 ke nanti?" tanya Ana memecah kesunyian di antara mereka.

Ismihan tersenyum lega, " tak bawak apa2 la..mama saje je nk jumpa, kenal2 Ana "

Sebaik gagang diletakkan, kedua-duanya dilanda perasaan yang jauh berbeza..Ismihan tidak putus2 senyum, memikirkan masa depan yang bakal dihadapi bersama Ana kelak..mindanya mula mencorak apa yang harus dilakukan nanti..pasti banyak persiapan yang harus dibuat..eh, tapi dia tak pernah melamar Ana secara formal..perlu ke?pasti perlu..Ana tu kadang2 bila dia datang angin, boleh tahan juga romantiknya..pasti Ana tertunggu2 saat dilamar seperti yg ditontonnya dlm filem sebelum ini..Ismihan masih ingat, Ana pernah cakap dia paling suka cara melamar dalam cerita 'Stepmom'..cerita Julia Roberts jadi stepmom tu..Ana kata cara tu cute..boleh tiru tak?eisyk..nanti Ana cakap dia tak kreatif pulak..mulut Ana tu kadang2 pedas jugak..

Sebaliknya Ana jadi semakin keliru..ari tu, masa mak cerita ada org dtg merisik, Ana buat2 muka malu..kan org2 tua cakap , malu tandanya mahu?waktu itu, hatinya kuat menyatakan pasti Ismihan dalangnya..mmg Ana suka kena risik..lg suka bila pikirkan dia dh nak kawin..lagi2 suka kalau Ismihan yang jadi pasangannya..for the first time Ana rasa macam dikhianati suara hatinya sendiri..macam mana boleh silap ni?kalau Ana cakap kat mak, Ana nk cancel dgn org yg dtg ari tu sbb nk terima Ismihan, agak2 mak marah tak?sebab baru semalam mak call org tu cakap Ana setuju..pas tu Ana pandai2 pulak sokong plan Ismihan dtg merisik weekend ni!! aduh...kusutnya!!! apa nak buat ni?

Bila Ana sampai di pejabat, Lia belum datang lagi..eisyk budak ni, time org urgent nk cakap dgn dia laa, dia dtg lambat..Ana rasa serba tak kena .. habis diconteng-contengnya kertas di atas meja..sebaik Lia menjengah muka ke dlm bilik itu, cepat2 Ana tarik Lia ke pantri..sesak nafas Ana bercerita kat Lia..kalau boleh semuanya nk diucapkan dlm satu nafas..habis Ana bercerita, Lia terus terduduk..

"Kan aku dh cakap..ko dgn Ismihan mesti ada apa2..korg saje je nk cover...kawan je konon..haa skrg mcm mana?kata kawan je..alih2 nk dtg merisik pulak..apa hal?" marah Lia

"eisyk budak ni...org tgh stress, saje je nk menambah stress..",marah Ana dlm hati..

"Jangan la marah aku..kot ye pun nk marah, tunggu la lepas benda ni setel" ,rayu Ana

Lia menggeleng kepala..benda yg sepatutnya simple dh jadi complicated..kalau la awal2 lg diorg talk abt their relationship..kan ke senang?now dh ada 3rd party..tah sape2 pulak tu..Ana ni..nasib baik la ko ni org..kalau ko teddy bear aku..mmg dh lama aku hempuk2 ke dinding..marah Lia dalam hati..

ok..abis dh part 3..apa diorg nk buat ni?

cepat teka!!

Thursday, August 14, 2008

Ana & Ismihan part 2

i cant sleep again tonite..ok, thts a white lie..did sleep for a couple of hours..now i woke up n cant get back into my dreamland..so here's the sequelae of Ana's story

since Ana jumpa Ismihan ari tu, diorg jd makin rapat..mula2 Ismihan mintak no phone Ana, katanya senang nk contact nanti kalau ada apa2..tp Ana tak bagi..dia kurang percaya sket bagi no phone kat org ni..so Ana ajak masuk chat je..lebih selamat katanya..hmm..selamat ke?

tp mcm tu la...since diorg start chat ni, ari2 diorg chat.balik keja je, mesti chat sampai ke tengah malam..nasib baik la si Ismihan tu keja outdoor kat project sites..kot tak, masa kerja pun diorg chat jugak.entah apa yg di chat kan pun tak tau..ada2 je citer yang diorg nak bualkan..

sebulan, dua bulan , 3 bulan, tiba2 Ismihan ajak keluar..nak celebrate sbb dpt good business deal katanya..Ana pun ok je la..lg pun Ana bukannya ada benda nak buat time weekend..excited jugak Ana dibuatnya..Ana cakap kat best friend dia, Lia...tengah syok2 bercerita dengan Lia, tiba2 je Lia cakap ," Dia ajak ko sorang je ke?Dating eh?"

merah padam muka Ana..dating ke?ntah..tak kot..keluar makan je.. beria2 Ana denied, tp Lia sengih kambing je..aah, lantak la..yang penting Ana tau apa yang Ana buat...

that day, Ismihan bawak Ana pegi makan kat restoran terapung..best sangat..lepas tu diorg pegi jalan2 kat bandar..Ana happy..Ismihan pun happy.esok nya Ana bagi full report kat Lia..Lia tengok Ana suspiciously and said ," tak pe la kalau ko tak nak ngaku gi dating..yang penting ko happy " sambil senyum..

terkesima Ana kejap..berkali2 Ana cakap kat diri sendiri, tak...aku tak dating..kitorg kawan je..tp makin lama , Ana rasa dia sendiri pun jadi makin musykil dengan statement tu..

tp hubungan Ana dengan Ismihan jalan macam biasa je..still chat macam biasa,n kadang2 diorg keluar sama2..until one day, mak Ana masuk dalam bilik Ana..

"Ana, mak nak cakap sket" muka mak dah lain macam sket..mcm mixed feelings gitu..turns out that pagi tadi masa Ana pegi keja, ada org dtg umah merisik Ana!! terkejut Ana dibuatnya..sape yg hantar merisik ni?Ismihan ke?eh tak de sound apa2 pun..dia buat surprise ke?

masa yang sama, Ismihan keluar main futsal dengan kawan2 dia..lepas main tu, diorg lepak2 jap sambil bertukar2 gosip..eh,jangan tak tau, org lelaki pun kuat gosip jugak laa..tiba2 bos Ismihan cakap " eh, last weekend i nampak u dengan one girl..tak tau pun u ada gf..bukan slalu u cakap maintain solo ke?"

Ismihan tergamam..girl mana pulak ngaku jd gf aku ni?last weekend aku pegi mana eh?oh ye..teman Ana beli baju raya ..

"oh...tu member je cik..saje je keluar ..kat umah pun tak de nak buat apa jugak" kata Ismihan, tersengih

pas tu seperti yang diagak, bos ngan kawan2 Ismihan dok brainwash Ismihan suh kawin cepat2..bukan apa, dlm ramai2 yg main futsal tu, ada 2 org je yg belum kawin..Ismihan dgn sorg budak baru..yg lain semua dh ada anak sekerat padang..budak baru tu pun mmg semua org tau, dia dok sibuk ngorat receptionist kat company sebelah..tht left Ismihan alone being the lone ranger.

b4 terlelap malam tu, Ismihan dok berkira2...patut ke dia couple dgn Ana?apa kurangnya Ana...apa lebihnya Ana..padan ke dia dgn Ana..macam2 lagi laa yg dia pikirkan..last2 dia amik wudhu, semayang sunat istikharah..bab munakahat ni beb, tak leh main2..

seminggu lepas tu Ismihan dpt resolusi baru..rasanya dia patut move forward..get more serious..umur pun bukan makin berkurang...dia tekad, nk cakap kat mama n Ana pasal benda ni..so pagi2 lagi dia call mama..mama of course la excited..dh lama dia tunggu ..adik Ismihan pun dh bertunang..mmg mama dok doa ari2 biar Ismihan jumpa jodoh cepat2...

ok..mama dah clear..now call Ana pulak..Ismihan tak nak Ana pitam bila mama antar rombongan merisik nnt.

"Hello Ana.. Is ni..got something to tell u.."

"Hi..apa dia?pagi2 lg dh call.." lembut je suara Ana menjawab..

"Is dah cakap dgn mama..weekend ni Ana jgn pegi mana2 ye..mama nk dtg umah Ana " Ismihan cuba berkias..

Ana panik..muka dh start pucat dah..datang umah?weekend ni?abis ari tu..sape yg dtg?menyesal Ana tak tanya mak betul2..menyesal Ana assumed yg dtg ari tu family Ismihan..menyesal Ana tak tanya Ismihan awal2..

ok..abis dh citer part 2...

teka apa sequelae dia?hehe..sorry la..sequelae ari tu mendapat bantahan from few ppl..so kena berpihak atas pagar..idea spontan je mlm ni..

so..rasa2nya Ana akan pilih saper?cepat pikir!!!

Tuesday, August 5, 2008

post lagi

ai..banyak pulak cerita malam2 ni..mentang2 la baru lepas perasaan tadi..

tanak citer pasal stress dah..nnt org baca pun jadi stress..hehe

meh la sini aku nak citer .. ada sorang budak tu, kecik lagi baru masuk tadika..nama dia, err...kita panggil dia Ana..budak ni kat tadika malu2 aje..tp malu2 pun, dia suka gaduh dgn classmates dia...ngan budak kelas sebelah pun dia gaduh jugak..heran aku..kadang2 gaduh berebut kaler pensel, kadang2 bergaduh sbb berebut nak main bawah pokok masa rehat, berebut kawan pun kadang2 dia gaduh jugak..

kat kelas sebelah, ada sorang budak lagi, nama dia Ismihan..kiranya antara budak2 yg gerek la kat tadika tu..tapi ramai2 budak cute kat tadika tu, tah apesal dia suka la nk menyakat si Ana ni..agaknya mmg dia suka tgk Ana naik angin kot..dia tak tau yang Ana fobia dengan dia..

ada sekali tu , masa Ana tgh tunggu pakcik dtg jemput, dia main polis sentri sama2 dengan Ismihan n few other friends...pas tu ada sorg kawan Ismihan yang jadi polis tu tangkap kawan Ana, budak pompuan jugak..dia pegang tangan budak pompuan tu sampai merah2..kawan Ana nangis2 sebab sakit..sejak tu, Ana takut betul dengan Ismihan and the gang..kalau time rehat, Ana seboleh mungkin pegi menyorok jauh2 kat belakang bangunan sebab takut Ismihan cari..Ismihan dengan kawan dia suka masuk kelas Ana and sakat Ana..

Ana dok kat tadika tu setahun je..bila Ana masuk umur 6 tahun, ayah tukarkan Ana ke sekolah lain..tapi time tu Ismihan pun dah umur 7 tahun..dah masuk darjah satu..so berpisah la Ana dengan Ismihan..

sampai la Ana masuk umur 25 tahun, dah keja..satu ari, ada kenduri kat umah sedara..Ana pegi la nk menolong apa yg patut...tengah dok potong bawang, tiba2 sedara Ana tanya, kenal tak budak nama tu..dia tunjuk kat sorg mamat ni..Ana tengok la..eh...muka macam familiar, tp mcm tak kenal..sape ye?sedara Ana cakap tu la Ismihan, member tadika Ana dulu..wahh..dh besar panjang rupanya..ceh..Ana pun dah besar jugak...

lepas tu Ana gi la borak2 dgn Ismihan..lama jugak boraknya..Ismihan pun dh keja skrg..bagus laa..ingatkan join mat rempit..

ending citer ni :-

a) citer punya citer, rupa rupanya kenduri ni untuk Ismihan la..dia nk bertunang dgn adik sedara Ana..laa..baru Ana tau..kecik nya dunia ni..

or

b) dlm best2 borak tu, tiba2 je Ismihan tanya Ana bila nak kawin?Ana cakap esok pun boleh...pas tu diorg gelak sama2.. 2 bulan lepas tu Ismihan antar rombongan merisik Ana..waahh..betol2 ke budak ni?mcm tak caya je...cinta monyet dh jd realiti..eh..bila masa pulak bercinta ni?senyap2 je si Ismihan ni buat plan..rupa2nya dia mmg dok usha Ana dari dulu sbb nk tackle ye..kecik2 lagi dh pandai..caya laahh

hahahha..mcm best je buat citer mengarut ni..pls feel free to pick the ending of this story..