Thursday, August 21, 2008

Ana & Ismihan part 5

honestly im bored today..pg td penat sgt..ptg ni boring nak mampus..so meh kita create episod baru pasal Ana & Ismihan

Petang itu, balik je dari keja Ana menghadap mak..perlahan Ana menyusun butir bicaranya.nak korek cerita, kena la pandai2 ..mcm menarik rambut dalam tepung..rambut tak putus, tepung tak berselerak.

"Betul ke Ana tak tau saper yg dtg ari tu?mak ingat nk sorok2 dari mak..."

"laa...betul la.." tegas Ana

"Habis yang Ana awal2 lg setuju tu apesal?tu la mak pelik..mak tgk Ana dok baik dgn si Is tu, alih2 nk bertunang dgn org lain pulak" suara mak lain mcm sket..mcm bengang je dgn Ana.

Alaah...kena lagi..getus hati kecil Ana.

"alaa..mak cakap la..saper yg dtg ari tu?" Ana mengalih topik

"Orang jauh..kawan Ana masa kat Universiti dulu..dulu2 Ana penah bawak dtg umah masa kenduri kawin Along"

bawak dtg kenduri?aik..ada eh?otak Ana ligat berfikir, cuba mengingat kembali teman2 sekampus yang pernah dijemputnya ke rumah dulu..tapi masa Along kawin, time tu cuti sem..tak ramai yg stay kat kampus..kalau yg stay pun cuma utk habiskan tesis mereka..siapa ye?Alin, Zura, Faiz, Geetha..Lin, Mat...eh..yang mana satu ni?seingat Ana tak ramai teman lelaki yg pernah berkunjung ke rumah..cuma Faiz, Adam, Mat dan Chee Wei..takkan si Chee Wei kot..Adam kan couple dgn Zura, tak mungkin dia dtg risik aku pulak..Mat, belum habis final year dh kawin..so tinggal Faiz je la...gulpp...dia ke?

Faiz , kawan Ana yg tak le rapat sgt..setakat biasa2 je..masa mula2 kenal dulu Ana takut2 skit dgn dia sbb muka dia nampak mcm garang..tp lepas mereka sama2 terlibat dalam satu projek kampus, Ana mula mengenali Faiz dgn lebih rapat..tak de la teruk sgt..Ana rasa mereka berdua mmg blh serasi sbb cara mereka agak sama..baru je Ana nk rapat dgn Faiz, kawan2 yg lain dh mula bergosip ttg mereka berdua..since then Ana cuba menjarakkan diri daripada Faiz, bimbang apa saja kemungkinan yg akan timbul ekoran gosip liar itu.lagipun setahu Ana, Faiz sudah punya gf..Ana tak de la tanya dia directly..tu pun member yg cakap..Ana tak suka tanya hal private2 ni ..esp dgn Faiz sbb si Faiz ni tere tak tere, dlm masa 1 jam je, dia dh boleh korek rahsia yg Ana tak penah citer kat org lain ..Ana pun tak perasan, lancar aje mulut ni bercerita...lepas satu, satu cerita terlepas dr mulutnya..so, kalau Ana tanya lebih2, makin panjang la cerita diorg..nnt habis semua rahsia Ana masuk poket Faiz..isk..haru nanti

2 comments:

hani (^_^) said...

hehe..
dh stat ada nama chee wei..
then, faiz..tmbh huruf i ke?kakakaka...
move on girl..nk tau ending nih..x sbr nih..;p

elinny said...

hehe..
i can never hide anything from u gal..
sabor2..aku pon dok tercari2 idea nk ending citer ni..hikss